Ladang Ayam Serama Dengan Baka-Baka Terbaik Kelantan

Monday, December 6, 2010

Surat Terbuka Untuk YB Dato' Hasan Bin Malek









Assalamualaikum YB Dato’


Ucapan sekalung tahniah kepada YB Dato’ Hasan bin Malek kerana memberi saranan agar mengangkat dan mengiktiraf ayam serama Malaysia sebagai ikon unggas negara dan terima kasih juga dengan idea yang dizahirkan oleh YB Dato’. Sebagai seorang penternak Ayam Serama saya merasa kagum dengan apa yang YB Dato’ ungkapkan didalam akhbar tempohari….


Untuk pengetahuan YB Dato’ kami mempunyai sebuah ladang ternakan ayam serama ( E-Serama ) yang bertempat di Kg Batu 30, Machang Kelantan dengan mempunyai baka-baka yang terbaik Kelantan yang pernah menjuarai pertandingan Ayam Serama suatu masa dahulu dan sekarang serta mempunyai baka-baka terkini yang berkualiti. Bilangan Ayam Serama sekarang mencecah hampir 200 ekor dan sentiasa mendapat permintaan ramai, dari seluruh Malaysia dan juga peminat dari Indonesia dan Brunei.


Sehubungan dengan itu saya mohon kerjasama dan tunjuk ajar dari YB Dato’ bagaimana untuk saya memperkembangkan lagi ternakan Ayam tersebut dan bagaimana saya boleh bekerjasama dengan YB Dato’ dan tidak mustahil suatu hari nanti Ayam Serama menjadi kegilaan seluruh dunia…


Salam……

0 comments:

Post a Comment