Ladang Ayam Serama Dengan Baka-Baka Terbaik Kelantan

Saturday, April 24, 2010

Keratan Akhbar Sinar Harian

Terima Kasih kepada mereka yang telahpun menyertai Komuniti Ayam serama Kelantan

Thursday, April 15, 2010

Koleksi Ayam Serama Wan Tumpat

KOLEKSI AYAM SERAMA MILIK WAN KG CHAT TUMPAT
TELAH MENDAFTAR MENJADI AHLI KOMUNITI 15 APRIL 2010











Friday, April 9, 2010

Koleksi Ayam Serama Cikgu Hussin

KOLEKSI AYAM SERAMA MILIK CIKGU HUSSIN.....untuk pengetahuan pembaca blog, masih banyak lagi ayam yang belum diambil gambar























Monday, April 5, 2010

Ayam Cikgu Hussin

MAKLUMAT PERIBADI

Cikgu Che Hussin merupakan seorang Pesara Guru dan kini menjalankan Pembiak Bakaan Ayam Serama Gred A dan juga menceburi Perniagaan Secara Online iaitu www.e-serama.com. Laman sesawang tersebut bertujuan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Ayam dengan cara bidaan atau beli terus melalui syarikat kami. E-serama online merupakan Komuniti ayam serama terbesar Kelantan dengan melibatkan penyertaan dari seluruh pemilik ayam serama Kelantan.

TAHUN 1995

Mengajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah

Seorang pelajar telah menghadiahkan sepasang ayam serama dan disitu mula timbul minat untuk pergi dengan lebih jauh

Mula sertai pertandingan anjuran persatuan seperti PERKASA , PERKAS DAN juga Pengadil Malaysia.

Kategori yang dipertandingkan seperti Kapan, Serama A, Serama B an Serama C.

TAHUN 1997

Menyertai pertandingan sekitar Daerah Machang dan Kuala Krai

Membeli baka-baka ayam serama untuk pembiakan.

TAHUN 1998

Kali pertama menganjurkan pertandingan Ayam serama bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sebagai pungutan derma PIBG SMK Hamzah Machang

Ayam Serama saya menjuarai pertandingan tersebut.

Menubuhkan Kelab Ayam Serama Batu 30 machang .

Menganjurkan setiap hari sabtu di lokasi Balai Raya Batu 30 Machang dengan kerjasama PERKAS.

TAHUN 1999 - 2003

Kategori pertandingan telah menjadi besar, kategori serama C telah dihapuskan

Kategori Serama A, Serama B, Induk, Remaja, Anak A, Anak B, Anak Betina dan Serama Muda diperkenalkan.

Membuat reban pembiakan dengan kos melebihi RM2000

Baka Ayam terbaik dari seluruh Daerah Negeri Kelantan Berjaya dibiakkan.

TAHUN 2004

Merebaknya penyakit SELSEMA BURUNG turut memberi kesan kepada ternakan Ayam Serama.

Ternakan saya juga turut terjejas

Semua pertandingan Ayam serama dibatalkan

Penjualan ayam tidak begitu menggalakkan dan banyak persatuan terpaksa menghentikan segala pertandingan.

TAHUN 2006

Penyakit selsema burung berkurangan

Penternakan ayam dan pertandingan ayam semakin popular

Persatuan PERKASA dan KARISMA sudah mula menganjurkan pertandingan secar besar-besaran hingga keperingkat Asia.

TAHUN 2008 - 2010

Lebih menumpukan kepada ternakan dan penjualan ayam serama melalui bisnes online iaitu www.e-serama.com

Pembiakan baka-baka yang terbaik di Kelantan dengan nilai harga yang tinggi

Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang komuniti ayam serana Kelantan Cikgu Hussin www.e-serama.com

PENCAPAIAN

Beberapa kali menjuarai pertandingan ayam serama gred A

Dapat hadiah berupa Peti Television, Cincin Berlian, Sijil-Sijil Beserta Piala, Barangan Elektrik Dan Sebagainya.

www.e-serama.com merupakan sebuah Komuniti Ayam Serama yang terbesar di kelantan...kami amat mengalu-alukan penyetaan daripada peminat-peminat ayam serama bagi memperkembangkan dan memperluaskan lagi cara pemasaran ayam serama sehingga ke peringkat global. Pihak kami juga mengalukan penyertaan dari Peminat Ayam Serama di luar Malaysia (Singapore - Thailand - Indonesia)...sekian terima kasih..Ikhlas dari..Cikgu Husin ( www.e-serama.com)